Menurut laporan tersebut, Oliver, 42, telah merayu kepada pemilik tanah restorannya agar mengurangkan bayaran sewa dalam usaha mengurang kerugian yang dialami.

Dalam satu mesyuarat tergempar pada Jumaat lalu, para peminjamnya mengundi untuk mengurangkan sewa di sesetengah restoran sehingga 30 peratus.

Oliver yang berasal dari Essex, mempunyai 25 buah rangkaian Restoran Jamie’s Italian di seluruh Britain. Bagaimanapun, sebanyak 12 restoran miliknya terpaksa ditutup dengan 450 kakitangan bakal kehilangan kerja.

Antara cawangan yang ditutup termasuklah Bristol, Harrogate dan Kingston, dedah The Sun bulan lalu.

Satu dokumen di Mahkamah Tinggi London menunjukkan syarikat Jamie’s Italian Limited mempunyai hutang sebanyak £30.2 juta (RM164 juta) kepada bank HSBC dalam bentuk overdraf dan pinjaman.

Oliver dan isterinya, Jools mempunyai aset kekayaan berjumlah £150 juta (RM818 juta) dan tinggal bersama lima anak mereka di hartanah berharga £10 juta (RM54 juta) di Hampstead, London Utara. 
– Agensi