“Secara keseluruhan, terdapat 2,006 kematian,” kata mereka dalam satu buletin bertarikh Isnin (29 Ogos 2019).

“Sejak epidemik Ebola bermula, kes penyakit itu adalah 3,004 termasuk 2,899 yang disahkan dan 105 disyaki,” tambah kenyataan sama.

Wabak demam berdarah itu bermula di wilayah Kivu Utara, timur DRC pada 1 Ogos 2018 dan merebak ke wilayah Ituri.

Pegawai-pegawai berkenaan turut melaporkan bahawa seramai 902 pesakit telah sembuh daripada penyakit maut itu.

Ebola dinamakan sempena sebatang sungai di utara DRC yang dahulunya dinamakan Zaire, di mana virus itu pertama kali dikenal pasti pada tahun 1976.

Wabak terbaharu ini merupakan yang kedua paling buruk selepas lebih 11,000 orang terkorban di Guinea, Sierra Leone dan Liberia antara tahun 2014 hingga 2016.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak berkenaan sebagai ‘darurat kesihatan awam yang mengundang  kebimbangan antarabangsa’, manakala sehingga kini hampir 200,000 orang telah diberikan pelalian. - AFP