Duterte membuat komitmen itu semasa menemui Perdana Menteri Rusia, Dmitri Medvedev dalam satu acara sampingan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila kelmarin.

“Saya ingin mengatakan bahawa kami mempunyai sistem keadilan yang berfungsi di Fili­pina dan mereka akan mendapat perbicaraan adil. Mereka juga akan ditahan di sebuah rumah yang selesa.

“Sama ada dakwaan ini benar ataupun tidak, kami akan memutuskannya tetapi saya akan cuba memastikan bahawa mereka dilayan secara adil dan tidak dikenakan tekanan tambahan,” demikian menurut transkrip rasmi perbualan Duterte dengan Medvedev.

Dua suspek itu, Yuri Kir­dyushkin dan Anastasia Novopashina sedang disiasat kerana menyeludup dadah dan belum didakwa, kata Duterte.

Pemerintahan 16 bulan Duterte dibelenggu perang membanteras dadah yang menyaksikan polis membunuh seramai 3,967 suspek.

Kirdyushkin ditangkap bersama 10 kilogram (kg) kokain, manakala Novopashina ditahan selepas polis menemui hampir 13kg dadah sama dalam bagasi­nya pada tahun lalu. – AFP