Duta Israel, Eitan Naeh dipanggil ke kementerian luar dan diarah pulang ke Israel untuk satu jangka masa,” kata pegawai itu kepada agensi berita AFP.

Turki juga memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk sesi penerangan, kata pegawai sama.

Terdahulu, Ankara menggesa negara-negara Islam supaya mempertimbangkan semula hubungan dengan Israel dan menyatakan, Ankara akan memanggil sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam bagi membincangkan jenayah Rejim Zionis

“Negara-negara Islam sepatutnya mempertimbangkan semua hubungannya dengan Israel,” kata Perdana Menteri, Binali Yildrim di Parlimen Turki.

Sementara itu, Ireland memanggil Duta Israel, Zeev Boker semalam untuk menzahirkan bantahan susulan pembunuhan seramai 59 penduduk Palestin semasa protes di sempadan Gaza.

“Menteri Luar, Simon Coveney memanggil duta Israel ke Ireland untuk menyuarakan rasa terkejut dan kecewa berhubung kematian dan kecederaan begitu ramai rakyat Palestin di Gaza kelmarin,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AFP