Satu laporan yang diterbitkan oleh firma keselamatan siber, McAfee bersama Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, mendapati kecurian harta intelek mewakili satu perempat daripada keseluruhan  kerugian akibat jenayah siber dalam tahun 2017.

Rusia, Korea Utara dan Iran merupakan sumber penggodam utama yang menyasarkan institusi kewangan, manakala China paling aktif dalam pengintipan siber, demikian menurut laporan itu.

Pasukan penyelidik berkenaan berkata, virus peras ugut, ransomware merupakan komponen jenayah siber paling pesat berkembang, dibantu oleh banyaknya  pasaran yang menawarkan perkhidmatan penggodaman.

Laporan penyelidikan global itu disiarkan beberapa hari selepas White House menerbitkan satu laporan menunjukkan bahawa serangan siber mengakibatkan Amerika Syarikat kerugian antara AS$57 bilion (RM223 bilion) dan AS$109 (RM427 bilion) pada 2016. - AFP