Bangunan empat tingkat bersebelahan itu runtuh di Muzema, kawasan kejiranan Itanhanga, kira-kira 30 ki­lometer dari barat pusat bandar Rio, selepas hujan lebat selama tiga hari yang turut mengorbankan sejumlah nyawa di wilayah berkenaan.

Sekurang-kurangnya dua lagi mang­sa dilaporkan cedera dalam insiden runtuhan tersebut, menurut pegawai bomba yang berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang masih hidup di bawah sisa runtuhan.

Beberapa penduduk mendakwa bangunan itu runtuh pada awal pagi.

“Saya terdengar bunyi kuat dan bangunan itu runtuh membuatkan debu tebal menyelubungi udara. Seorang rakan yang tinggal di bangunan itu dikejarkan ke hospital bersama keluarganya,” kata Isabel Cristina, 42, seorang penduduk di Muzema.

Hujan lebat sejak Isnin lalu, meng­akibatkan banjir kilat yang meng­hanyutkan kenderaan, membawa banyak kerosakan serta menyukarkan akses ke Muzema.

Runtuhan di lereng bukit itu turut merosakkan beberapa pangsapuri dan premis perniagaan di situ. – AFP