Atlet tersebut, Josef Koeberl berbuat demikian dengan hanya memakai baju renang.

Koeberl menghabiskan masa dua jam, lapan minit dan 47 saat berada di dalam peti dipenuhi ketulan ais itu yang menimbus badannya hingga ke paras bahu.

Dia melakukan percubaan tersebut di hadapan sebuah stesen kereta api utama di Vienna, Sabtu lalu.

Koeberl berjaya memecahkan rekod dunia sebelum ini yang dibuat oleh atlet China, Jin Songhao pada tahun 2014 dengan catatan masa sejam, 53 minit dan 10 saat.

Suhu badan Koeberl diawasi sepanjang percubaan tersebut dan dia diperiksa oleh pasukan perubatan selepas keluar dari peti itu bagi memastikan kesihatannya tidak terjejas.

Atlet itu berkata, dia mendapat ilham untuk melakukan percubaan tersebut selepas berendam di dalam peti berisi ais selama sejam ketika menyertai cabaran untuk program televisyen tempatan.

Menurut Koeberl, dia mampu bertahan lebih lama dalam percubaan pada Sabtu lalu itu tetapi membuat keputusan untuk keluar selepas memastikan rekod sebelum ini dipecahkan. – Agensi