GRACE (kiri) bergambar bersama adiknya, Amelia bergambar di sebuah pusat beli-belah di Surray, England baru-baru ini. - AGENSI

Grace Mandeville, 24, yang dilahirkan dengan lengan kanan pendek dan adiknya, Amelia, 22, yang mempunyai tulang belakang bengkok atau skoliosis menggunakan platform itu untuk membincangkan kecacatan dialami mereka serta masalah harian dihadapi pengikut sebaya.

“Semasa kami memulakan rangkaian ini, kami tidak menyangka ia mendapat sambutan dan berjaya seperti sekarang. Kami cuma sepasang adik-beradik yang suka berseronok,” kata Grace yang pernah menjadi pelakon tambahan filem Harry Potter bersama adiknya, Amelia.

Mereka mendakwa rangkaian YouTube itu dimulakan disebabkan kebosanan dan tiada apa yang mahu dilakukan ketika masa lapang. Grace sebelum ini cuba menjadi seorang pelakon sementara Amelia bekerja di sebuah pasar raya.

Selepas dua tahun menguruskan rangkaian itu, mereka memperoleh pendapatan yang mencukupi melalui pengiklanan pada video dan mendapat tajaan jenama besar seperti Nike dan Disney bagi membolehkan dua beradik itu menjadikan blogger video sepenuh masa. – Agensi

GAMBAR menunjukkan
dua beradik tersebut ketika masih kanak-kanak.

GRACE (kiri) bergambar bersama adiknya, Amelia di sebuah pusat beli-belah di Surray, England baru-baru ini.