Meskipun kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di kawasan pedalaman Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, serangan militan mazhab masih berlaku, kebanyakannya mensasarkan puak Syiah.

“Pasukan tentera Pakistan menggunakan sekatan maksimum untuk mengelakkan sebarang kecederaan awam di Afghanistan,” kata jabatan perhubungan awam tentera Pakistan, sambil menambah bahawa lima askar cedera dalam serangan tersebut.

Beberapa pegawai Afghanistan berkata, tentera Pakistan telah merentasi bumi Afghanistan, menyebabkan tindak balas daripada pengawal sempadan.

“Dua askar terbunuh ketika berbalas tembakan,” kata Mohmud Zazai, komander tentera kanan di kawasan tersebut. - Reuters