“Dron pertama terhempas tanpa menyebabkan sebarang kerosakan manakala dron ke­dua yang dipasang bahan letupan meletup dan menyebabkan kerosakan pada pusat media kami,” kata jurucakap Hizbollah, Mohamed Afif.

Kejadian pada awal pagi itu menyusul beberapa jam selepas Israel melancarkan beberapa serangan udara ke atas Syria.

“Hizbollah tidak menembak jatuh sebarang dron. Dron pertama tidak meletup dan kini dalam pegangan kami untuk dianalisis,” tambahnya seperti laporan National News Agency.

Sementara itu, tentera Lebanon semalam mendakwa bahawa dua buah dron yang terhempas di kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut itu adalah milik Israel.

“Dua dron milik Israel menceroboh ruang udara Lebanon pada waktu subuh di selatan Beirut. Dron pertama terhem­pas manakala dron kedua mele­tup di udara dan menyebabkan kerosakan harta benda,” jelas satu kenyataan akhbar tentera. – AFP