Rakaman video berdurasi lima minit yang diberi tajuk The North Awakens itu mendedahkan pelbagai landskap unik daripada rakaman di udara selain memaparkan kecantikan glasier ais, Aurora Borealis dan kawasan sungai, tasik serta tebing yang berceranggah.

Projek itu dihasilkan dengan kerjasama tiga pembuat filem iaitu Jonathan Besler, Kevin May dan Florian Gampert dengan menggunakan muzik Peter Nanasi sebagai latar belakang rakaman berkenaan.

Besler berkata, video yang dirakam pada musim panas tahun ini mula disiarkan pada penghujung Ogos dan awal September lalu. – Agensi