Dr. Zhao Bianxiang dari wilayah Shanxi dilaporkan pengsan di wad seorang pesakitnya pada waktu tengah hari, 29 Disember lalu sebelum dibawa untuk rawatan kecemasan.

Dia bertugas di Jabatan Penjagaan Pernafasan di Hospital Daerah Yuci di Jinzhong, sebuah bandar kecil di wilayah Shanxi, lapor Shanxi Evening News.

Bianxiang kemudian disahkan meninggal dunia keesokan paginya selepas rakan setugasnya gagal menyelamatkannya, demikian menurut media tempatan.

Seorang rakan sekerjanya memberitahu Bianxiang mula bekerja pada pukul 6 petang, 28 Disember dan selesai bertemu pesakit luar sekitar tengah malam sebelum mula memeriksa wad hospital.

“Pada musim sejuk, jabatan pediatrik dan penjagaan pernafasan menerima paling ramai pesakit,” katanya.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan kedua-dua ibu bapa Bianxiang melihatnya buat kali terakhir di sebuah wad di hospital tempat dia bekerja. – Agensi

IBU Bianxiang (baju biru) tidak dapat menahan sedih ketika melihat anaknya buat kali terakhir di Hospital Daerah Yuci di Jinzhong, China.

SAAT-SAAT ketika wanita malang itu tersadung dan jatuh sebaik pintu lif terbuka.

KAKI seorang wanita dirakam tersepit di pintu lif.

LORENZATTI bergambar bersama rakan-rakannya.

LORENZATTI memiliki rambut mencecah paras buku lali sepanjang 1.52 meter.

IMEJ (dalam bulatan) menunjukkan tingkap Yevgeny terjun di Zaporizhia, Ukraine.

KANAK-KANAK ini maut ditimpa lelaki cuba bunuh diri.