Pertubuhan itu mewakili sekumpulan ibu bapa dan kanak-kanak yang lahir di sebuah klinik kesuburan kendalian Jan Karbaat.

Bagaimanapun, klinik itu sudah dihentikan operasinya sejak tahun 2009.

Karbaat, 89, meninggal dunia pada 2017, menjadi bapa kepada sekurang-kurangnya 49 kanak-kanak selepas sebilangan wanita berkunjung ke kliniknya di Rotterdam untuk mendapat rawatan IVF.

Karbaat menggunakan sperma sendiri dan bukannya sperma penderma yang dipilih ketika memberi ra­watan berkenaan, menurut Defence for Children.

Hasil ujian asid deosiribonukleik (DNA) yang dilakukan kelmarin di sebuah hospital di bandar Nijmegen ‘menunjukkan 49 kanak-kanak dalam kes itu adalah keturunan mendiang Karbaat’, menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

“Keputusan ujian mengesahkan kesangsian serius bahawa Karbaat menggunakan sperma sendiri di kliniknya,” kata Defence for Children.

Kes kontroversi itu diketahui umum selepas sebuah mahkamah Belanda memutuskan pada bulan Februari lalu bahawa keputusan ujian DNA Karbaat perlu diserahkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk membuat perbandingan.

Sebelum Karbaat me­ninggal dunia, dia me­ngakui menjadi bapa kepada hampir 60 kanak-kanak di kliniknya.

Defence for Children juga mendakwa Karbaat mungkin mempunyai lebih ramai anak kerana sperma miliknya turut diedarkan ke klinik lain. – AFP