Wanita warga emas berumur 60 tahun itu berkunjung ke pusat rawatan Institut Sains Perubatan All India di sini untuk mendapatkan rawatan. Tanduk itu dilaporkan tumbuh pada ibu jari kanan pesakit berkenaan sejak lima tahun lalu.

Selepas melakukan pemeriksaan, pakar perubatan mengklasifikasikan ketumbuhan itu sebagai tanduk kutis (CH) dan ia adalah kes pertama berlaku pada bahagian ibu jari pesakit. Perkara itu dilaporkan dalam jurnal perubatan BMJ Case Reports.

CH lazimnya terbentuk daripada keratin iaitu protein sama yang membentuk kuku, kulit serta rambut manusia.

Pegawai perubatan Jabatan Kebakaran dan Pembedahan Plastik hospital berkenaan, Dr. Ranjit Kumar Sahu berkata, CH itu seperti tanduk haiwan, namun terbentuk tanpa tulang dasar seperti tanduk rusa.

“Wanita itu pada mulanya pernah membuang ketumbuhan kira-kira tiga tahun lalu tetapi ia tumbuh semula,” katanya. – Agensi