Guillermina Rodriguez, 30, dilaporkan berhenti di tepi sebuah jalan raya di Manhattan untuk menenangkan bayinya, Eliana Torres, berusia tiga minggu, di kerusi belakang kereta dipandunya sebelum sebuah kenderaan polis berhenti dan mengeluarkan saman kepadanya.

“Saya sedang menyusukan bayi dan anggota polis yang tidak sensitif itu tetap keluarkan saman,” katanya dalam satu video yang dirakamnya selepas diberikan surat saman tersebut, dedah akhbar The New York Daily News.

Rodriguez memaklumkan kepada akhbar tersebut bahawa dia telah menghubungi kumpulan menyokong penyusuan badan dan seorang kaunselor penyusuan badan berkenaan kejadian tersebut.

Kaunselor tersebut berharap saman berkenaan dapat dibatalkan kerana situasi Rodriguez ketika itu adalah satu ‘kecemasan’. Jabatan Polis New York (NYPD) dilaporkan sedang menyiasat dakwaan tersebut. 
– Agensi