Papan amaran mengenainya yang dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280).

Menurut kenyataan pada papan tanda berkenaan, batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.

“Mengalihkannya adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman,” kata papan tanda tersebut.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.

Bagaimanapun, jurucakap Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya tidak memasang papan tanda itu.

Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire.

Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.

“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya.

“Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya. – Agensi