KIRI: Gaya ditampilkan warga emas ini menerima pujian ramai.

Naoya Kudo dari wilayah Akita, utara Jepun meluangkan masa cutinya selama seminggu untuk merakam gambar datuknya, Slvr Tetsuya yang menyarung pelbagai fesyen jalanan.

Sejak dia memuat naik gambar datuknya di laman perkongsian gambar Instagram, pesara guru kimia itu menjadi popular dalam sekelip mata.

Laman Instagram Tetsuya kini mempunyai lebih 90,000 pengikut, manakala dia juga berkongsi kisahnya di laman kreatif, Bored Panda.

Kudo berkata, gambar-gambar tersebut membuktikan usia bukan penghalang seseorang untuk bergaya.

Warga emas itu dilihat memakai busana jenama terkenal seperti Vetements, Burberry dan Kenzo.

Nilai estetik fesyen yang digayakan oleh Tetsuya menerima pujian orang ramai yang rata-rata beranggapan ia setaraf dengan iklan fesyen profesional. –Agensi

Laman Instagram Slvr Tetsuya kini mempunyai lebih 90,000 pengikut.

LELAKI tersebut berdiri di atas balkoni sebelum melompat 
ke bawah.

Pelancong Britain itu terjatuh ke tanah selepas gagal mengimbangi badannya.

DIA kelihatan melompat terjun 
ke bawah.

WANITA ini tersenyum menunjukkan implan taringnya.