Dalam kenyataan mereka, kedua-dua kementerian itu berkata, penyerang menyasarkan "secara khusus dan berulang kali" butiran serta maklumat peribadi Hsien Loong berkaitan ubat-ubatan yang diberi kepada beliau sebagai pesakit luar.

Mereka dilaporkan berkata, seramai 1.5 juta rekod kesihatan pesakit Singapura, SingHealth diakses dan disalin manakala rekod ubat-ubatan yang diberi kepada 160,000 pesakit luar lain juga mengalami perkara sama.

Data peribadi yang diambil daripada 1.5 juta pesakit berkenaan termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, bangsa dan tarikh lahir mereka, kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan menjelaskan bahawa penggodam bagaimanapun tidak meminda atau memadam rekod berkenaan. - Bernama