Firma berkenaan, SatelliteInternet.com menyatakan, Cabaran Tanpa Digital itu menawarkan wang tunai AS$1,000 (RM4,157) kepada sesiapa yang sanggup bercuti hujung minggu di Taman Negara Pokok Joshua, California Selatan.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan teknologi selama dua atau tiga hari.

“Anda hanya boleh menggunakan peralatan teknologi anda pada hari terakhir untuk mencatatkan dan berkongsi pengalaman anda,” kata syarikat itu.

Mereka yang terpilih akan diumumkan pada 26 Ogos ini berdasarkan permohonan yang diterima di laman web firma tersebut.

Kumpulan terpilih akan menginap di kediaman yang memiliki kemudahan seperti penyaman udara, tab mandi dan kolam renang.

“Daripada melihat telefon pintar seharian, eloklah anda meneroka trek kembara, mandi di kolam, membaca buku, melakukan meditasi, bersantai dalam buaian atau memerhati bintang-bintang,” demikian menurut laman web tersebut. – Agensi