Cimpanzi itu dilihat berlegar di sekitar kawasan zoo tersebut sebaik sahaja berjaya meloloskan diri namun, kembali ke kurungannya selepas pengunjung memaklumkan kepada pihak zoo mengenai kejadian berkenaan.

Adegan mencuit hati tersebut sempat dirakam oleh seorang pengunjung zoo tersebut, Chanel Baxter dari pekan Larne, Ireland Utara yang berpendapat kunjungannya kali ini amat berbaloi.

“Adalah adil untuk kami nyatakan wang yang dibayar untuk masuk ke zoo ini memang berbaloi. Kami tidak berasa terancam tetapi kanak-kanak kecil mungkin sedikit terkejut,” katanya.

Jurucakap Zoo Belfast turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengunjung yang membantu menggagalkan usaha spesies yang diancam kepupusan itu melarikan diri. – Agensi