Sebelum ini, bangsal bermotor yang sah digunakan untuk pemanduan di atas jalan raya itu pernah mencatat rekod Guinness World of Records dengan kelajuan 128.7km/j.

Pemilik bangsal itu, Kevin Nicks, 53, dari Chipping Norton di Oxfordshire, Britain melahirkan rasa gembira dengan rekod yang dicipta pada Sabtu lalu.

Nicks, seorang tukang kebun, pada awalnya menghabiskan masa selama 12 bulan untuk membina bangsal itu bagi membawa anak perempuannya ke sekolah.

Dia membelanjakan lebih £13,000 (RM69,600) untuk membina bangsal berkenaan dengan menggunakan sebahagian komponen daripada sebuah kereta Volkswagen Passat.

Bapa kepada seorang anak itu kemudian menggantikan enjin bangsal itu kepada jenis Audi RS4 serta melakukan talaan suspensi untuk membantu ciptaan rekod baharu tersebut. – Agensi