Kenyataan Trump dibuat di laman Twitter beberapa jam selepas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menyifatkan cadangan dialog antara dua negara Korea itu sebagai ‘tidak akan mencapai apa-apa’.

“Jong-un baru sahaja berkata bahawa butang nuklear berada di atas mejanya pada setiap masa.

“Boleh tak sesiapa daripada rejimnya memberitahu beliau bahawa saya juga mempunyai butang nuklear, namun ia lebih besar dan lebih berkuasa berbanding miliknya dan lagi, butang saya berfungsi,” kata Trump.

Presiden AS itu merujuk kepada ucapan Tahun Baru Jong-un bahawa beliau mempunyai ‘butang nuklear’ di atas mejanya, namun bersedia untuk berunding dan menyertai Sukan Pyeongchang pada bulan depan.

Seoul menyambut baik tawaran Jong-un dan mencadangkan 9 Januari ini sebagai tarikh rundingan. 
– AFP