Saluran berita CNN dan akhbar tempatan semalam melaporkan, ketika kejadian baru-baru ini petugas-petugas tersebut tidak pasti apa yang berlaku pada burung itu.

“Ini merupakan antara kecederaan paling pelik yang kami pernah lihat sejak sekian lama,” menurut kenyataan Hospital Hidupan Liar Tiggywinkles, lokasi burung itu dirawat.

Pihak pengurusan hospital di Buckinghamshire, tenggara England itu berkata, burung eksotik tersebut sebenarnya burung biasa yang seluruh badannya dilitupi serbuk kunyit menyebabkan ia tidak boleh terbang.

Burung jantan yang dinamakan Vinny itu mempunyai bau kari dan kunyit tetapi ia berada dalam keadaan sihat, kata pihak hospital tersebut. Pihak pengurusan hospital itu juga tidak pasti bagaimana serbuk kunyit itu melekat pada Vinny.

Burung itu sebenarnya adalah seekor camar biasa dan warnanya bertukar putih seperti camar lain selepas ia dibersihkan.

Vinny juga boleh terbang bebas tidak lama lagi.

Kejadian tersebut juga bukan yang pertama melibatkan burung camar.

Pada tahun 2016, seekor burung camar terjatuh ke dalam tong berisi hidangan kari tikka masala ayam ketika cuba memakan makanan tersebut. – Agensi