Polis tidak mendedahkan nama suspek itu dalam kenyataannya tetapi berkata, waran tangkap dikeluarkan kerana kesalahan memiliki bahan terlarang.

Suspek yang bersembunyi daripada polis telah terkentut dengan amat kuat sehinggakan mendedahkan tempat persembunyiannya.

Menurut pejabat syerif daerah Clay County, anggotanya tidak memerlukan anjing pengesan untuk ‘menghidu’ suspek.

“Sekiranya kamu dikenakan waran tangkap, polis pula sedang memburu kamu dan kamu kentut begitu kuat sehingga tempat persembunyian kamu terbongkar, kamu tentu mengalami hari yang teruk,” kata pejabat syerif berkenaan di akaun Facebooknya. – Agensi