Vivian Gomez yang menetap di Amerika Syarikat berkongsi klip rakaman itu di Facebook pada Khamis lalu dengan mesej: “Saya bangun pada pagi Ahad lalu dan melihat benda ini dalam rakaman kamera. Saya masih cuba memikirkan apakah ia?”

“Pada mulanya, saya melihat satu bayang-bayang dari hadapan pintu rumah dan melihat ini. Adakah sesiapa pernah melihat benda ini dalam rakaman kamera masing-masing.”

Klip rakaman hitam putih berdurasi 20 saat itu menunjukkan makhluk kecil berkaki dua dengan sepasang telinga besar berjalan sebelum berjoget secara spontan.

Sebilangan netizen percaya makhluk itu kelihatan sama seperti Dobby. Beberapa pengguna media sosial pula mendakwa ia perbuatan nakal beberapa individu yang sengaja mahu mencetuskan satu kekecohan.

Dobby, salah satu watak digemari peminat filem Harry Potter, mati dalam keadaan tragis dalam filem siri keenam Harry Potter and the Deathly Hallows.

Klip video misteri itu menerima kira-kira 34,000 reaksi dan dikongsi lebih 118,000 kali di media sosial. - Agensi