Wanita yang dikenali sebagai Zhou mendakwa, dia tidak sedar bahawa makanan itu masih ada bulu pelepah yang belum dicarik keluar. Perkara itu terdedah selepas anak perempuannya memakan kepak ayam goreng ketiga dan muntah.

Zhou membuat aduan berhubung perkara itu di restoran McDonald’s dan penyelia premis menawarkan ganti rugi 10 kali ganda harga kepak ayam dan tambahan 300 yuan (RM180). Pelanggan itu enggan menerima pampasan itu.

“Apa pun yang anak saya makan sekarang, dia akan muntah,” katanya kepada akhbar Beijing News. Zhou tidak membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan selepas mendapati mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Orang ramai mengecam kejadian itu dan mendesak syarikat makanan segera itu dikenakan tindakan. McDonald’s memohon maaf dan mengesahkan menyiasat perkara itu. – Agensi