Budak perempuan itu, Cora Ruben, berusia dua tahun, menghidap penyakit limfedema yang menyebabkan bahagian badan tertentu membengkak akibat pengumpulan cecair limfa dan lemak sehinggakan tangannya tidak dapat digerakkan untuk memegang atau mengangkat objek.

Ibu bapanya, Kasey dan Brett Ruben membawa Cora berjumpa Profesor Dr. Etelka Foldi di Klinik Foldi di sini baru-baru ini yang mencadangkan anak mereka menjalani prosedur menyedut lemak pada bahagian tangannya.

“Foldi memaklumkan tangan Cora cuma mengandungi 20 peratus cecair limfa dan 80 peratus lagi adalah lemak. Selepas menjalani pembedahan itu, tangan Cora sudah lembut dan mampu memegang objek,” kata Kacey.

Walaupun tangan gergasi Cora paling jelas kelihatan disebabkan penyakitnya itu, Kacey memaklumkan anaknya turut mempunyai bengkak serupa pada seluruh badannya termasuk pada perut dan kakinya. – Agensi