Ibu budak lelaki yang tidak dinamakan itu, Nichole Spencer, 45, dari Brooklyn ditahan dan didakwa kerana menunjukkan kelakuan yang boleh mencederakan kanak-kanak kelmarin selepas dia tiba di sebuah balai polis di kejiranan East Flatbush untuk mengambil anak lelakinya itu.

Polis berkata, orang awam menemui anak Spencer itu sekitar pukul 10.30 malam Sabtu lalu sambil menunggang basikalnya seorang diri berhampiran E. 55th Street dan Linden Boulevard sebelum anggota polis dipanggil ke lokasi.

Budak lelaki itu dijaga oleh Pentadbiran Perkhidmatan Kanak-Kanak malam Sabtu lalu.

“Identiti kanak-kanak itu telah dikenal pasti dan dia disatukan semula dengan keluarganya.

“Dia tidak mampu memberikan maklumat ibu bapa atau penjaganya dan memaklumkan alamat rumahnya. Dia berada dalam keadaan baik,” kata jurucakap Polis New York menerusi e-mel malam kelmarin.

Spencer bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Jenayah Brooklyn. – Agensi