Menurut laporan, Rakhim Kurayev, 5, yang dikenali sebagai Chechen Schwarzenegger, melengkapkan semua catatan rekod baharu itu dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Pemimpin Republik Che­chen, Ramzan Kadyrov menyatakan, kanak-kanak tadika itu melakukan tekan tubi 1,000 kali dalam tempoh paling singkat iaitu 40 minit 57 saat.

“Tekan tubi 2,000 kali disudahkan dalam masa 1 jam 30 minit dan 47 saat di samping rekod dunia bila­ngan tekan tubi paling ba­nyak dalam masa sejam iaitu 1,419 kali.

“Dia mencatatkan 2,559 kali tekan tubi dalam masa 2 jam dan 3,000 kali dalam tempoh paling singkat iaitu 2 jam 22 minit dan 9 saat,” kata Kadyrov.

Kurayev melakukan senaman di rumah ibu bapanya di Rusia. - Agensi

Kurayev melakukan senaman di rumah ibu bapanya di Rusia. - Agensi

Beliau menambah, kanak-kanak itu mampu mengula­ngi catatan rekod tersebut di hadapan wakil Suruhanjaya Buku Rekod Rusia.

Sebelum ini, Kadyrov pernah menghadiahkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz baharu berharga AS$35,700 (RM149,250) kepada Kurayev kerana melakukan 4,105 tekan tubi tanpa henti selama 2 jam 25 minit. Bagaimanapun, rekod itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh suruhanjaya berkenaan. – Agensi