Kacper Krauze, 13, turut mengalami serangan jantung ketika ditarik keluar dari dalam air. Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas tubuhnya dihangatkan kembali serta diberikan bantuan oksigen.

Perkhidmatan ambulans udara Britain bekerjasama dengan pihak bomba dan polis untuk menyelamatkan nyawa budak lelaki tersebut dalam insiden yang berlaku di Appleby, Cumbria itu.

“Dia beransur pulih pada setiap hari. Ia satu keajaiban. Terima kasih kepada perkhidmatan ambulans udara. Anda menjalankan kerja dengan baik. Sangat profesional,” kata ibu mangsa, Wioletta.

Beberapa pakar berkata, antara faktor yang membantu menyelamatkan Kacper adalah penggunaan mesin oksigen dikenali sebagai Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Mesin ECMO dapat melakukan fungsi jantung dan paru-paru dengan membekalkan oksigen ke dalam darah dan memastikan darah mengalir dengan sempurna. – Agensi