Mason Howe, 11, yang tinggal bersama keluarganya di sini menghidap Sindrom Kleine-Levin atau lebih dikenali sebagai sindrom Sleeping Beauty.

Punca penyakit itu tidak diketahui tetapi dipercayai diwarisi secara genetik. Kanak-kanak itu didakwa mengalami episod pertama penyakit tersebut ketika dia berusia enam tahun.

Ibu bapanya memberitahu, Mason akan tidur sekitar 20 jam sehari dan baki beberapa jam lagi dia berada dalam keadaan separa sedar.

Ibunya, Marie Howe, 41, bimbang mengenai masa depan anaknya khususnya berkaitan pendidikan di sekolah. Tempoh paling lama Mason habiskan dengan tidur dalam waktu yang lama adalah selama enam minggu menjelang sambutan Krismas baru-baru ini. – Agensi