“Saya tidak akan mengadakan persembahan baharu (konsert) Domination,” katanya dalam satu mesej di Twitter yang dimuat naik bersama sekeping gambar menunjukkan penyanyi itu ketika kanak-kanak di sisi ibu bapanya.

Ikon era 1990-an dan awal tahun 2000 itu dijadualkan mengadakan satu konsert di resort MGM di Las Vegas pada bulan depan.

“Saya menanti-nantikan persembahan ini dan mahu bertemu anda semua pada tahun ini, (namun) keputusan ini amat mengecewakan,” kata penyanyi berumur 37 tahun itu.

“Apapun, adalah penting untuk sentiasa mengutamakan keluarga anda sendiri. Ini keputusan yang perlu saya ambil.

“Beberapa bulan lalu, bapa saya dimasukkan ke hospital dan nyaris mati. Kami sekeluarga bersyukur bapa berjaya diselamatkan namun (bapa) masih memerlukan masa panjang untuk sembuh,” katanya.

Beberapa laporan menyatakan bapa Spears, Jamie mengalami masalah usus pecah tetapi dijangka sembuh sepenuhnya. – AFP