Satu rakaman video menunjukkan beruang hitam itu dalam keadaan tergantung setinggi 19.8 meter di atas pokok sebelum berjaya diturunkan oleh anggota bomba menggunakan tali.

Seorang pegawai berkata, Jabatan Sumber Asli (DNR) pada mulanya menerima panggilan mengenai beruang berkenaan dan berusaha menangkap haiwan itu menggunakan ubat pelali.

“Selepas ditembak, beruang itu menjadi agresif dan memanjat pokok dengan lebih tinggi menyebabkan kita terpaksa meminta pertolongan anggota bomba untuk membawa turun,” katanya.

Selepas berjaya dibawa turun, anak beruang hitam itu dilepaskan di habitat asalnya oleh DNR. – Agensi