Menurut laporan, tayar buaian itu tersangkut antara kaki dan leher badak sumbu bernama Qabid dalam kurungan di Zoo Edinburgh di sini pada pukul 6 petang Ahad lalu.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Scotland menggunakan beberapa peralatan pemotong hidraulik untuk memotong tayar tersebut selepas mamalia berumur 2 tahun itu diberikan ubat pelali oleh pihak zoo.

“Kami berjaya membebaskannya dengan bantuan peralatan pemotong yang lazim digunakan untuk menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam nahas jalan raya.

“Sebaik selesai, badak sumbu itu mula bangun dan bermain semula selepas hilang kesan ubat pelali,” kata pengurus kumpulan penyelamat jabatan bomba itu, John Hanlin.

Beliau menyatakan insiden itu adalah kali kedua menimpa haiwan tersebut dan kejadian pertama, Qabid berjaya membebaskan diri sendiri tanpa bantuan. – Agensi