Ketika aksi perlawanan mendebarkan itu, anggota Jabatan bomba Zagreb sedang khusyuk menunggu tendangan penalti terakhir daripada pemain utama, Ivan Rakitic, namun mereka secara tiba-tiba lari bertempiaran sebaik mendengar deringan loceng kecemasan.

Panggilan itu menyebabkan kesemua mereka ketinggalan menyaksikan gol berkenaan kerana terpaksa menyarungkan pakaian seragam.

Sebaik sahaja mereka bergegas menaiki jentera bomba, beberapa rakan sekerja kelihatan bersorak kegembiraan dengan kejayaan Croatia masuk ke pusingan separuh akhir.

Croatia kemudian layak mara ke pusingan akhir buat kali kedua dalam sejarah selepas berjaya menewaskan England 2-1 kelmarin.

Video berkenaan yang menjadi viral turut digunakan oleh jabatan bomba yang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sesuatu yang berbahaya ketika meraikan sesuatu kemenangan. – Agensi