Ejennya mengeluarkan kenyataan Ahad lalu yang berkata: “Dengan berat hati kami menulis bahawa Robert ‘Bob’ Axelrod meninggal dunia semalam di Los Angeles pada usia 70 tahun.”

Sebelum menemui minatnya dalam bidang lakonan suara, Axelrod yang dilahirkan di New York pada tahun 1949, mengejar kerjaya sebagai pemain gitar sekitar tahun 1970-an.

Ramai pelakon berkongsi penghormatan terhadap Axelrod di media sosial ekoran kematiannya.

Pelakon Power Rangers, Jason David Frank menulis di media sosial: “Sedih untuk bangun pagi dan mendengar berita sedih ini. Saya mahu berterima kasih kepada Robert Axelrod kerana menghidupkan watak Lord Zedd.

“Saya berdoa supaya keluarga anda diberikan kesejahteraan. Anda telah meninggalkan legasi untuk dikongsikan oleh kami semua. Bukan hanya peminat Power Rangers tetapi adalah sebagai individu,” katanya.

Rakan penyumbang suara, Neil Kaplan menambah: “Hari ini (Sabtu) adalah menyedihkan. Pada hari ini 18 tahun yang lalu, Transformers: Robot in Disguise (RiD) ditayangkan di FOX Kids.

“Sejak beberapa minggu lalu, keluarga RiD, Digi dan Power Rangers telah kehilangan dua daripada anak kesayangan kami, Michael Lindsay dan malam semalam, Robert Axelrod.

“Mereka adalah lelaki yang baik,” katanya. – Agensi