Jule Niles, 38, berkata, anaknya yang mempunyai pendapatan £30,000 (RM161,000) seminggu enggan menjadi penjamin menyebabkan dia gagal untuk menyewa sebuah rumah flat.

Biarpun, Ainsley dan adiknya, Cordi tinggal di sebuah apartmen mewah bernilai £700,000 (RM3.76 juta), Niles terpaksa menyusup masuk ke kontena di kawasan gudang milik Big Yellow Storage itu untuk tidur.

Niles juga menyambut Krismas hujung tahun lalu di gudang tersebut dalam cuaca sejuk dan keseorangan, makan tengah hari di pusat gelandangan, menghabiskan masa di kedai kopi atau perpustakaan bagi memanaskan badan serta membayar £2 (RM10) untuk mandi di sebuah kolam renang awam di kawasan tersebut.

Wanita itu berkata, dia menjalani rutin demikian kira-kira tiga bulan lalu selepas Ainsley, 20, yang kini bernilai £15 juta (RM80 juta) memutuskan hubungan dengannya. – Agensi