Acara 30 jam bagi membina menara itu adalah sempena ulang tahun ke-40 jenama Peralatan Dapur Preethi di Pusat Beli-belah Vijaya di sini sejajar dengan sambutan Tahun Baru 2019 di India.

Dengan ketinggian 12.69 meter dan berat keseluruhan kira-kira 1.3 tan, semua kek cawan itu dimasak dengan hanya menggunakan tiga mesin adunan dan beberapa ketuhar keluaran syarikat tersebut.

Mengikut syarat Guinness, cubaan rekod berkaitan makanan tidak boleh melibatkan pembaziran. Pihak penganjur telah mendermakan keseluruhan kek cawan yang digunakan termasuk 10,000 kek kepada pertubuhan membantu gelandangan di Chennai. Rekod terdahulu dicatatkan di bandar Vereeniging di Afrika Selatan pada September 2017 yang membina menara setinggi 10.7 meter dengan 6,370 kek cawan. – Agensi