Ketua penyelidik, Dr. Mary Carol Hunter memaklumkan penyelidikan mereka menunjukkan manfaat utama senaman itu mampu menurunkan hormon tekanan dan kortisol kira-kira 10 peratus.

“Kita tidak perlu mengembara jauh ke hutan belantara. Berjalan keluar dari pejabat dan duduk seketika di bawah sebatang pokok sudah cukup untuk mengurangkan tekanan,” katanya.

Hunter percaya kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu boleh dijadikan preskripsi untuk pesakit dengan masalah tekanan atau rasa cemas dengan berjalan di luar rumah.

Preskripsi sosial iaitu rawatan dengan manfaat kesihatan tanpa ubat menjadi antara pendekatan penting dalam rancangan jangka panjang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) yang diumumkan Januari lalu. – Agensi