Pegawai di pejabat syerif itu menyatakan mereka menerima maklumat daripada Jabatan Polis Bloomington di negeri Indiana bahawa kenderaan udara yang dilaporkan hilang itu mungkin menjadi sebahagian daripada acara belon udara panas di daerah Marion.

Pemilik belon itu melaporkan kehilangan itu kepada pihak berkuasa di Indiana.

Sekumpulan anggota syerif berkunjung ke Festival Belon Udara Panas The Villages di Taman Kuda Florida di sini untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui kenderaan udara yang dilaporkan hilang.

Beberapa portal lain melaporkan bahawa belon udara panas itu akan dikembalikan kepada pemilik asal di bandar Bloomington, Indiana. Pemilik itu enggan memfailkan dakwaan ke atas pihak yang memiliki belon tersebut dan cuma mahu ia dikembalikan.

Pejabat Syerif Daerah Marion dalam satu paparan di Facebook menyatakan ia adalah kes kecurian belon udara panas pertama dalam tempoh 175 tahun sejarah penubuhan jabatannya. – Agensi