Ted Plevnik menjual rumahnya yang mempunyai lima bilik tidur dan terletak di pinggir bandar Bees Creek, wilayah utara di luar kota raya Darwin.

Kediaman yang dibina di tanah seluas lebih 2 hektar itu turut dilengkapi kandang babi, dua kandang kuda, kandang untuk kuda lumba, kolam renang dan spa serta laman yang luas.

Hartanah yang terletak di jalan Gulnare Rd itu juga mempunyai kandang buaya yang dibina khas dan Plevnik berkata, terdapat dua ekor buaya mendiaminya iaitu Gem dan Boris.

Plevnik mendapat buaya pertama, Gem, pada tahun 2012 dan setahun kemudian, dia memperoleh Boris. Sejak tujuh tahun yang lalu, dia menjalin hubungan baik dengan reptilia tersebut tetapi kini terpaksa meninggalkannya.

Seorang jurujual hartanah, Elva Pearce berkata, kediaman itu sangat unik dan sempurna untuk sebuah keluarga.

“Rumah ini mempunyai beranda-beranda yang luas. Anda boleh mengubahsuainya menjadi kediaman impian anda,” katanya.

Hartanah tersebut akan dilelong pada 27 Julai ini. – Agensi