Tatiana Tuzova, 32, yang mahu mencatatkan rekod koleksi patung Barbie terbanyak dunia, hanya memakai pakaian berwarna merah jambu dan bercadang mahu menukar nama keluarganya kepada Barbie.

“Saya bekerja, merakam lagu, menghadiri acara jemputan, menerima anugerah, menghasilkan pakaian kanak-kanak atau gadis muda dan menyewa studio gambar tetapi semuanya berkaitan Barbie,” katanya.

Wanita itu pernah berkahwin sebanyak lima kali. Suami terkini adalah seorang doktor dan identitinya dirahsiakan. Mereka bertemu di tempat kerja doktor tersebut yang dikatakan tertawan dengan suara merdu Tuzova.

Tuzova, seorang bekas pekerja pembersihan, sering dihina di internet, namun dia kekal positif dan menganggap dirinya unik. – Agensi