Pemain dram berusia 54 tahun itu, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah.

Satu sumber pihak berkuasa berkata, talian kecemasan 911 menerima panggilan dari rumah Adler di Los Angeles sejurus selepas pukul 6.30 petang semalam untuk melaporkan terdapat seseorang menikam diri sendiri.

"Kami diberitahu ketika pihak polis dan pasukan paramedik tiba di rumah tersebut, mereka mendapati bahawa Adler mengalami cedera tikaman pada bahagian perutnya," katanya.

Sumber berkata, Adler dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Tiada individu lain yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Adler bergelut dengan aktiviti penyalahgunaan dadah selama beberapa tahun. Dia telah disingkirkan daripada Guns N’ Roses berikutan masalah ketagihan dadah pada tahun 1990. - Agensi