Jeremy Batiz, 32, dari bandar Tucson di sini mencukur jambang buat pertama kali sejak Amelia dilahirkan. Bayi itu mengambil masa hampir 12 jam sebelum dia menyedari bahawa lelaki asing itu adalah bapanya.

Ibu bayi itu, Sofie, 36, sempat membuat rakaman menunjukkan reaksi lucu Amelia yang benar-benar tidak mengecam wajah bapanya selepas dia membuang jambangnya.

“Amelia dilahirkan, bapanya memang berjanggut. Jadi selepas dia mencukur jambang, Amelia gagal mengecam bapanya. Amelia juga tidak menunjukkan sebarang perasaan dan membuat mimik muka seperti tidak menyukai lelaki asing itu,” katanya.

Amelia akhirnya mengecam lelaki asing itu sebagai bapanya selepas Batiz membaca cerita daripada senaskah buku kegemarannya. – Agensi