Kembar siam perempuan itu dilahirkan dengan berat 6.8 kilogram, namun hanya satu daripada dua kepala bayi yang tidak dinamakan itu mampu bergerak dan diberi makan melalui tiub.

Walaupun berisiko tinggi, kembar siam tersebut masih lagi diletakkan dalam inkubator dan dipantau rapi selama 24 jam sementara doktor membuat keputusan memberi rawatan terbaik kepada bayi berkenaan.

Ibunya, Ket May, 35, tidak menyangka akan memiliki pasangan kembar kerana dia tidak pernah menjalani imbasan ultra bunyi yang mengenakan caj AS$13 (RM50) disebabkan kemiskinan.

“Perasaan saya keliru. Saya gembira mempunyai bayi perempuan tetapi tertekan. Saya tidak tahu sama ada mereka akan dapat terus hidup. Saya tidak tahu apa perlu dilakukan,” katanya. 
– Agensi