Ibu bapanya, Jennifer and Eric Medlock, kedua-duanya guru muzik di sebuah sekolah di bandar ini turut terkejut dengan saiz dan berat anak lelaki mereka, Ali James yang bersamaan dengan dua orang bayi normal.

Bayi ‘gergasi’ sepanjang 55 sentimeter itu terpaksa ditahan di wad rawatan rapi selama satu minggu sebelum dibenarkan pulang disebabkan paras gula dan platelet dalam darah yang rendah serta sukar bernafas.

Anak sulung pasangan itu, Annabelle, 2, turut dilahirkan dengan berat lebih empat kilogram dipercayai berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihidapi Jennifer ketika mengandung.

Bayi paling berat dilahirkan di Texas adalah JaMichael Johnson seberat 7.26kg pada 2011. Bayi paling berat di dunia dilahirkan pada 1879 seberat 10.43kg tetapi malangnya bayi lelaki itu meninggal dunia selepas 11 jam dilahirkan. – Agensi