Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan penumpang terkandas di landasan selama berjam-jam, kerosakan alat muzik ketika transit dan kehilangan bagasi.

“Peraturan ini akan memberi hak dan layanan yang sepatutnya dimiliki pengembara selepas mereka membuat bayaran,” kata Garneau.

Bermula 15 Julai ini, syarikat penerbangan perlu menurunkan penumpang selepas tiga jam berada di landasan, jika tidak berlepas segera.

Syarikat perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.

Pada 15 Disember ini, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.

Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan me­netapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik.

Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada. – AFP