Media tempatan melaporkan bahawa Makoto Endo, 40, mencuri semua kasut untuk mencium bau kasut sebagai satu cara untuk memuaskan nafsu seksualnya.

Endo kini dibicarakan di sebuah mahkamah atas tuduhan mencuri. Menurut laporan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara bulan Jun 2017 hingga Ogos tahun lalu.

Dia ditahan polis pada September 2018 dan pemeriksaan di kediamannya membawa kepada penemuan semua kasut itu. Nilai kasut yang dicuri dianggarkan sebanyak AS$2,730 (RM11,120).

“Saya lakukannya untuk mendapat kepuasan seksual dengan menghidu bau kasut terpakai tidak kira sama ada ia milik lelaki atau wanita,” kata Endo kepada polis. - Agensi