Struktur futuristik bangunan setinggi 18 tingkat yang terletak di Kunshan, sebuah bandar berhampiran Shanghai itu telah menjadi tarikan disebabkan rekaan luar biasanya.

Satu rakaman video melalui dron yang disiarkan oleh Perkhidmatan Berita China mendedahkan bagaimana kediaman bertingkat itu dibina dengan cara tersusun mengikut bentuk piramid pada kecerunan 45 darjah.

Berdiri megah pada ketinggian 100 meter, bangunan unik yang semakin popular di daerah Huaqiao, dekat sini itu merupakan sebahagian kediaman dan kompleks komersial yang siap dibina pada tahun 2013.

Dua sisi bangunan itu mempunyai permukaan yang menonjol dan licin manakala dua yang lain adalah dinding menegak biasa.

Menurut firma arkitek Masters’ Architectural, rekaan bangunan tersebut diilhamkan daripada kawasan petak sawah padi di kawasan berbukit yang banyak terdapat di China. 
– Agensi