Pihak media di bandar yang terletak di selatan Ural, sekitar 1,700 kilometer ke timur Moscow itu berkata, masih tidak jelas berapa ramai mangsa terperangkap tetapi jeritan meminta tolong didengari dari bawah runtuhan tersebut.

Memetik kenyataan Kementerian Kecemasan, agensi berita RIA melaporkan, seramai 110 orang tinggal di dalam bangunan itu, manakala 48 apartmen didapati rosak.

Menurut kementerian berkenaan, seramai 16 orang telah dipindahkan dan tiga mangsa diselamatkan dari bawah runtuhan. Tambahnya, kemalangan itu mungkin berpunca daripada letupan akibat kebocoran gas.

Beberapa laporan menyatakan pula, letupan yang memusnahkan sebahagian daripada bangunan itu berlaku pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) ketika ramai penghuni masih tidur. - Reuters